Nominees

Mdm Alya Qasdina Ng Ai Lee

From SMK BUKIT KAPAR

Mdm Alya Qasdina Ng Ai Lee's photo

Nominated by MUHAMMAD ADAM HARITH BIN ADI ANUWAR

Saya ingin mencalonkan cikgu kesayangan saya iaitu cikgu Alya Qasdina Ng Ai Lee (Lily) sebagai guru inspirasi mcD kerana saya seronok belajar bersama-sama cikgu Lily. Kisah inspirasi saya bersama-sama cikgu Lily ialah cikgu suka mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik ketika mengajar. Contohnya ketika belajar menulis karangan dan proses dan prosedur, cikgu akan mengadakan aktiviti guna tangan seperti menyediakan burger, roti jala, sandwich dan juga aktiviti lain iaitu mereka cipta corak pyslla, sambut hari jadi dan lain-lain. Cikgu juga selalu mengadakan majlis doa selamat sebelum dan selepas peperiksaan. Cikgu selalu memberi semangat dan ganjaran atas kejayaan kami. Saya harap anugerah ini menjadi milik cikgu Lily, kerana inilah satu-satu cara untuk saya berterima kasih atas pengorbanan cikgu.