Nominees

Ms Melati bt Othman

From Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea

Ms Melati bt Othman's photo

Nominated by Nor Iksha bt M. Sharif

Syukur Alhamdullilah. Terima kasih kepada pihak McDonald kerana memberi peluang kepada kami untuk berkongsi kisah guru kesayangan kami Seindah nama, Cik Melati bt Othman seorang guru yang peramah, baik hati, periang, adil dan peka pada perasaan anak muridnya. Kali pertama saya bertemu dengan Cikgu Melati ketika hari pertama beliau memulakan karier sebagai seorang guru di SMK Taman Sea. Saya boleh lihat ada sedikit kelainan dalam dirinya. Kami berkenalan dan semakin hari semakin rapat. Apa yang membuatkan saya sayang pada cikgu Melati? beliau adalah antara tempat saya meluahkan perasan. Berkongsi masalah, bertukar- tukar pendapat. Malah, guru Bahasa Melayu dan Pendidikan Moral ini tidak pernah lekang dan penat untuk memberi nasihat serta sokongan kepada saya dan anak muridnya yang lain. Setiap nasihatnya, saya jadikan pendorong dan pelindung. Nasihat yang tak pernah saya lupa ialah ketika saya ada masalah dan rasa tidak berpuas hati, lalu cikgu Melati menghulur satu kertas kecil berwarna hijau yang tertulis : 1. SENTIASA NIAT HIDUP KERANA ALLAH S.W.T 2. SENTIASA POSITIF, JAUHKAN DIRI DARI UNSUR NEGATIF 3. USAHA 4. SENTIASA BERBUAT BAIK KEPADA SETIAP MAKHLUK. Nota kecil itu membuat saya menjadi semakin positif dan bersemangat. tugas seorang guru bukan sahaja mendidik minda dan memberi ilmu sahaja, bahkan membentuk sahsiah dan mengajar nilai murni anak muridnya. Itulah apa yang dilakukan oleh cikgu Melati untuk anak muridnya. Ramai junior dan rakan saya berkata, mereka telah berubah sedikit demi sedikit atas bantuan cikgu Melati. Kata mereka, Cikgu Melati salah seorang pendorong mereka untuk berubah. Tapi walauapapun, disebalik kebaikan, ada murid yang mengambil kesempatan, mereka menganggap cikgu Melati seperti kawan dan kadang-kadang hilang rasa hormat mereka pada cikgu Melati. Pernah juga sekali beliau dimalukan oleh seorang murid di hadapan pelajar lain dalam kelas. Itu antara kenangan pahit yang pernah cikgu Melati ceritakan pada saya. Tetapi itu tidak menjadi penghalang bagi beliau untuk meneruskan karier, disebaliknya ianya menjadi satu pembakar semangat untuk terus menjadi guru yang baik. Saya juga menjadikan Cikgu Melati sebagai salah seorang idola untuk saya terus berusaha bagi mengubah hidup saya dan keluarga. Kami berdua sama, datang dari keluarga yang kurang senang. Oleh kerana usaha Cikgu Melati, kini beliau mampu meringankan beban keluarganya. Akhir sekali, untuk menghargai jasa seorang guru, tidak semestinya di sekolah sahaja. Setiap insan yang pernah memberi ilmu dan tunjuk ajar, mereka juga seorang guru yang harus dikenang jasanya... SEKIAN TERIMA KASIH.