Mr Sifwandi bin Othman
From SK Agama (MIS) Miri
Nominated by Nurdini Abdullah
Seorang guru yang amat berdedikasi dalam tugasnya.Beliau juga berjaya mencungkil bakat muda sukan terutama olahraga,bola sepak dan tenpin boling baik di peringkat sekolah dan bahagian. Selain itu,beliau juga amat rapat bersama anak didiknya tanpa mengira peringkat usia mereka baik di dalam sekolah mahu pun berada di luar kawasan sekolah. Berperwatakkan ceria berdepan dengan anak-anak murid dan seorang yang ringan tulang membantu rakan guru yang lain walaupun beliau menghidap penyakit jantung semenjak 2017 dan bergantung kepada bekalan ubat untuk meneruskan hidupnya.Namun begitu,ia bukan penghalang bagi beliau untuk menjalankan tugas dan amanah tetap dijalankan dengan sempurna tanpa mengeluh dan jemu. Banyak lagi perkara lain yang telah beliau lakukan demi memartabatkan profesion perguruan dan nama sekolah setanding dengan sekolah yang cemerlang lain.