Nominees

Dato MUHAMMAD FUAD BIN KAMALUDIN

From kolej islam assofa

Dato MUHAMMAD FUAD BIN KAMALUDIN's photo

Nominated by Abdillah bin ajang

Assalamualaikum,guruku ini amatlah luar biasa daripada guru yang aku pernah belajar. Guruku ini banyak mengajarkan aku mengenal allah lebih dekat dengan amalan yang beliau sediakan. Guruku ini sering memikirkan masalah umat dan memikirkan hala tuju anak muridnya. Guruku ini telah menyediakan jalan yang terbaik untuk anak muridnya belajar. Beliau telah mengasaskan sekolah daripada aulad hingga ke peringkat kolej. Beliau juga merupakan guru yang amat mementingkan fahaman akidah ahli sunnah wal jamaah dan menentang fahaman yang sesat. Selain itu, guruku sentiasa menyediakan amalan yang boleh mendekatkan diri aku kepada allah. Beliau lebih mementingkan kerohanian daripada jasmani. Beliau banyak mencurah ilmu yang sangat berharga dan tak terhingga untuk dikatan.Beliau banyak institusi sekolah yg diasaskan dibeberapa negara seperti indonesia dan juga london. Beliau merupakan guru yang mencari jalan yang paling baik untuk anak muridnya belajar bagi memudahkan pelajar itu untuk kekal bersamanya .Beliau sering berusaha mencari dan mengkaji kitab kitab islam yang ada di seluruh pelusuk dunia. Beliau telah banyak pergi ke luar negara semata mata untuk mencari ilmu dan mencari kitab islam yang berada di negara barat. Ramai orang tidak mengenali siapakah beliau. Beliau ialah orang yamg paling aktif dalam mencari dan menuntut ilmu. Walaupun beliau tidak dikenali ramai rakyat Malaysia tetapi beliau dikenali ramai ulama dari luar negara . Beliau tidak akan berhenti dalam mencari ilmu dan sering menyampaikan ilmu kepada anak muridnya. Beliau juga berasal dari keturunan org soleh. Oleh itu, saya ingin menjadi sepertinya kerana tanpanya siapalah aku di muka bumi ini. Kerana beliaulah banyak ilmu yang tidak ada pada diriku telah aku fapat. Dari beliaulah aku juga mengenal ulama dan dari beliaulah aku lebih memahami akidah ahli sunnah wal jamaah dan dari beliaulah aku mengenal allah lebih mendalam. Beliau merupakan insan yang sangat berharga kepada umat muhammad kerana beliau sering mempertahankan islam dan akidah ahli sunnah wal jamaah. Wallahualam guruku yang aku yangcintai,yang dihormati dan disegani tanpa engkau siapalah aku :Dato' hj muhammad fuad bin kamaludin(guruku yang disanjungi)