Nominees

Mr Rosdi Bin Yahya

From Sekolah Aminuddin Baki, Chemor

Mr Rosdi Bin Yahya's photo

Nominated by Norfarizah binti rosdi

Cikgu Rosdi tidak pernah mengajar saya, beliau mengajar dibahagian pendidikan khas, iaitu murid2 istimewa yang memerlukan cara pengajaran khusus berbeza dari mengajar murid biasa, saya sangat terharu melihat cara beliau mendidik murid2 tersebut. Beliau bukan sahaja meluangkankan masa pada waktu persekolahan, tetapi beliau dengan usaha sendiri menggunakan inisiatif sendiri mendidik anak2 istimewa ini dengan cara membawa mereka ke luar. contoh nya ke restoran makanan segera untuk membuat pesanan, selain itu, beliau memcari cara sendiri dalam memastikan anak2 istimewa ini bersedia untuk menghadapi dunia luar setelah mereka tamat persekolahan nanti, sekarang, beliau sudah bersara sebagai seorang guru. tetapi beliau sering meluangkan masa untuk melawat anak2 istimewa tersebut disekolah untuk berkongsi ilmu. Beliau juga pernah membawa anak2 murid ini pulang ke rumah dan makan bersama. Beliau menganggap anak2 intimewa ini seperti anaknya sendiri. Saya menyedari, terma dan syarat untuk anugerah ini guru tersebut mestilah masih mengajar, tetapi saya berharap cerita ini dapat memberi inspirasi kepada semua org kerana walaupun seseorang guru itu telah bersara, beliau masih dipanggil dengan panggilan "cikgu".