Nominees

Mdm VOON CHEW SHIA

From SJK(C)Chung San MIRI

Mdm VOON CHEW SHIA's photo

Nominated by VOON CHOON TECK

Cikgu Voon Chew Shia merupakan seorang guru yang peramah dan prihatin kepada anak muridnya. Untuk pengetahuan sekalian , saya mengenali Cikgu Voon sejak saya berumur 1 tahun kerana beliau bukan sahaja merupakan Kakak saya yang tercinta malah beliau merupakan seorang inspirasi kepada saya menjejak kaki sebagai seorang pendidik seperti beliau Cikgu Voon selalu memberi nasihat yang sangat membantu terutamanya kami berasa kecewa ataupun sedih. Beliau selalu memberi sokongan yang sepenuhnya dari segi fizikal dan moral membangunkan semangat seseorang dan berjuang untuk masa depan murid-muridnya untuk mencapai cita-cita kita Di samping itu, Cikgu Voon juga tidak putus asa membantu murid mencapai pencapaian yang cemerlang dalam Akademik mahupun kokurikulum menjadikan anak muridnya bukan sahaja terkenal di kalangan warga sekolah mewakili pertandingan inovasi dan ceramah bahasa Melayu sehingga peringkat negeri untuk setiap pertandingan yang dipertandingkan . Cikgu selalu memberi dorongan yang amat mendalam dan sanggup berkorban masa dan tenaga untuk mendidik dan melatih anak muridnya sehingga mereka mahir dalam bidang masing-masing. Sebagai adik lelaki kepada kakak yang tersayang ingin mencurahkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada kakak yang mempunyai hati yang paling mulia di dunia ini memimpin saya menjadi seorang pendidik dan mengubah kehidupan saya menjadikan seorang guru yang cemerlang Ini semua adalah jasa seorang kakak yang selalu berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan menjadi saya seorang guru yang berjaya. Sempena meraikan Selamat Hari Guru tahun 2019 , Saya ingin mencalonkan kakak saya sebagai guru inspirasi dalam hidupku ada ini menjadikan satu kenangan yang manis kepada kakak saya dan menghargai segala bantuan dan didikan kakak saya dari usia 1 tahun sehingga kini Anda merupakan kakak yang saya hormati di dunia ini dan saya akan mencurahkan pendidikan yang terbaik kepada semua kanak-kanak di dunia ini dengan doa kakak yang ikhlas dan mulia Selamat Hari Guru kepada kakak yang tersayang.