BREAKING NEWS

McDelivery FAQ

English | Bahasa Malaysia

Sekarang McDelivery adalah 100% atas talian. Di sini, kita akan menjawab semua / sebarang soalan/pertanyaan yang anda ada untuk membantu anda menikmati perkhidmatan McDelivery kami dengan sepenuhnya. Nombor hotline 1300-13-1300 akan berhenti mengambil/menerima pesanan McDelivery dengan sepenuhnya bermula dari 1 Julai 2016. Sekiranya terdapat soalan yang anda mungkin ada dan tidak diliputi dibawah, hantarkan pertanyaan anda di sini.

Panduan untuk mendaftar akaun anda:


LANGKAH 1:

Klik ‘Saya pelanggan baru – Masukkan Alamat Penghantaran’ pada laman utama

 

LANGKAH 2:

Isikan alamat penghantaran dan klik “Cari” untuk teruskan. Isikan alamat dengan memilih negeri anda dan nama jalan yang di sediakan.

 

LANGKAH 3:

Sila pilih alamat yang paling tepat untuk teruskan.

LANGKAH 4:

Sahkan alamat penghantaran anda.
Jika alamat anda masih tidak disenaraikan dalam keputusan, ia mungkin berada di luar zon penghantaran kami. Sila hubungi 1300-13-1300 untuk bantuan yang selanjuntnya.

LANGKAH 5:

Isikan butiran anda dan klik pada ‘Daftar Account’. 

LANGKAH 6:

Semak e-mel anda untuk mendapatkan kod pengaktifan anda.

LANGKAH 7:

Kini anda boleh terus membuat pesanan anda.



FAQ

  1. McDonald's mempunyai khidmat penghantaran ke kawasan saya tetapi alamat saya tidak terdapat dalam keputusan carian. Apa yang perlu saya lakukan?
    Kami sentiasa mengemaskini sistem pemetaan kami untuk meliputi semua alamat yang berada dalam lingkungan setiap penghantaran restoran. Sila hantar maklumat anda kepada kami melalui ruang yang terdapat pada Just Tell Us. Sementara itu, sila hubungi 1300-13-1300 untuk bantuan yang selanjuntnya.  

  2. Adakah McDelivery ditawarkan di seluruh Malaysia?
    Kami sentiasa berusaha untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik buat para pelanggan. Pada masa ini, 40% daripada restoran-restoran kami menawarkan McDelivery. Anda boleh merujuk kepada laman web kami,  Locate Us untuk memeriksa sama ada perkhidmatan penghantaran kami merangkumi kawasan anda.

  3. Saya terlupa kata laluan saya, bagaimana untuk mendapatkannya semula?
    Jika anda lupa kata laluan anda, klik "Terlupa Kata Laluan?" yang terletak di laman "Log Masuk". Kata laluan baru anda akan dihantar ke alamat e-mel anda. Sila periksa e-mel Junk/Spam anda sekiranya anda tidak menerima maklum balas tersebut kerana kemungkinan maklum balas tersebut dianggap sebagai e-mel SPAM.

  4. Bagaimana jika saya tidak menerima email untuk menaktifkan?
    Anda boleh meminta semula, klikan "Terlupa Kata Laluan?"

  5. Adakah anda menawarkan pilihan menu yang sama untuk McDelivery seperti menu di restoran?
    Melainkan beberapa jenis hidangan yang tidak sesuai untuk penghantaran, hampir kesemua menu kami ditawarkan menerusi McDelivery. Anda boleh melihat menu McDelivery dengan menekan butang "Menu" di laman ini.

  6. Bolehkah saya memesan McValue Lunch dan McValue Dinner melalui McDelivery?
    Maaf, tetapi kami tidak menawarkan McValue Lunch dan McValue Dinner menerusi McDelivery. Sila kunjungi restoran-restoran kami dari jam 12pm sehingga 3pm setiap hari untuk tawaran McValue Lunch atau dari jam 6pm sehingga 9pm setiap hari untuk tawaran McValue Dinner.

  7. Berapakah nilai pesanan minima untuk McDelivery?
    Pesanan minima untuk McDelivery berjumlah RM18 tidak termasuk caj penghantaran dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

  8. Adakah McDelivery ditawarkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu?
    McDelivery ditawarkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu di kawasan-kawasan tertentu. Sila rujuk senarai kawasan penghantaran pada laman web ini untuk maklumat lanjut.

  9. Berapa lama masa yang diambil untuk McDelivery tiba setelah pesanan dibuat?
    Kami cuba menghantar pesanan secepat mungkin bagi memenuhi keperluan anda. Sila tekan butang "Jejak Pesanan" bagi memeriksa jangkaan masa penghantaran.

  10. Adakah anda menerima Baucer Tunai McDonald's menerusi McDelivery?
    Ya, Baucer Tunai McDonald's sah digunakan menerusi McDelivery.

  11. Adakah anda menerima kad "Be Our Guest" McDonald's menerusi McDelivery?
    Maaf, kad "Be Our Guest" McDonald's tidak boleh digunakan menerusi McDelivery.

  12. Adakah anda menawarkan kad diskaun?
    ami tidak menawarkan kad diskaun tetapi McDonald's sentiasa menawarkan hidangan bernilai hebat untuk kepuasan para pelanggan.

  13. Bagaimana saya boleh menggunakan kupon promosi?
    Pada masa ini, kami tidak menerima sebarang kupon promosi menerusi McDelivery. Kupon promosi hanya boleh ditebus di restoran-restoran McDonald's seperti yang dinyatakan dalam Terma & Syarat pada kupon.

  14. Bolehkah saya membuat pertukaran selepas membuat pesanan atau membatalkan pesanan yang telah dibuat?
    Ya, anda boleh membuat pertukaran atau membatalkan pesanan yang telah dibuat dengan menghubungi 1300-13-1300, sekiranya pesanan tersebut masih berada di restoran. Sila tekan butang "Jejak Pesanan" bagi memeriksa status pesanan anda.

  15. Apakah had pesanan McDelivery?
    Bagi pesanan yang bernilai lebih daripada RM120, waktu penghantaran dijangka mengambil masa 2 jam. Bagi memastikan kepuasan pelanggan, diharapkan pesanan sebegini dapat dibuat lebih awal.

  16. Apakah fungsi Pesanan Awal?
    Jika anda ingin membuat pesanan awal bagi hari yang sama, anda boleh memilih sebarang masa asalkan masa yang anda masukkan merupakan waktu operasi restoran dan sekurang-kurangnya 2 jam dari masa penghantaran pesanan anda. Jika anda ingin membuat pesanan untuk hari yang berbeza, anda boleh berbuat demikian sehingga 2 hari lebih awal. Anda akan menerima e-mel pengesahan apabila anda selesai membuat pesanan anda. Sila periksa e-mel Junk/Spam anda sekiranya anda tidak menerima maklum balas tersebut kerana kemungkinan maklum balas tersebut dianggap sebagai e-mel SPAM.

  17. Apakah kaedah pembayaran untuk pesanan melalui web?
    Buat masa ini, kami hanya boleh menerima pembayaran berbentuk wang tunai atau Baucer Tunai McDonald's.

  18. Bagaimana saya boleh ketahui samada restoran menerima Pesanan Web saya?
    Anda akan menerima e-mel pengesahan pesanan di alamat e-mel yang anda daftarkan. Sila periksa e-mel Junk/Spam anda sekiranya anda tidak menerima maklum balas tersebut kerana kemungkinan maklum balas tersebut dianggap sebagai e-mel SPAM. Sila hubungi 1300-13-1300 untuk memeriksa pesanan anda, jika anda masih tidak pasti mengenai pesanan anda.

  19. Bagaimana untuk saya mengubah maklumat akaun saya?
    Setelah anda mendaftar masuk dengan nama pengguna dan kata laluan anda, pilih "Akaun Saya". Anda boleh mengubah maklumat akaun anda di sana.

  20. Bolehkah saya berkongsi akaun bersama ahli-ahli keluarga saya?
    Ya, anda boleh berkongsi akaun yang sama. Walau bagaimanapun, untuk kemudahan dan keselamatan, adalah disyorkan bahawa setiap ahli mendaftar akaun baru. Ingat, ianya percuma!

  21. Apa yang patut saya lakukan jika terdapat produk yang tertinggal ketika pesanan saya tiba?
    Sila hubungi 1300-13-1300 dan maklumkan kepada kakitangan perkhidmatan pelanggan kami. Kami akan mengaturkan supaya produk yang tertinggal dihantar kepada anda.

  22. Mengapa caj penghantaran anda kini berubah?
    Bermula 1 Mac 2017, caj penghantaran kami ialah RM4.25 (termasuk GST). Pelarasan ini dibuat ekoran kenaikan dalam kos operasi. Namun begitu, kami tetap komited untuk menawarkan nilai hebat serta pelbagai kemudahan kepada para pelanggan kami.