BREAKING NEWS
Feb 9, 2017 - McSavers Mix & Match for only RM5.99! The choice is yours!
Yang Rata dikatakan Bukit, Yang Busut dikatakan Gunung
Aug 4, 2014
Begitulah dakwaan dan panggilan boikot yang diuar-uarkan terhadap McDonald’s® di Malaysia. Pelbagai tuduhan dibuat yang mengaitkan jenama kami dengan konflik dan tragedi kemanusiaan di Gaza. Namun mangsa sebenar dakwaan-dakwaan tersebut adalah sahabat, pekerja serta keluarga yang menjadi bahan diskriminasi, dan juga francaisi-francaisi kami yang berusaha mencari rezeki. Kami berkongsi maklumat ini agar dapat memberikan pencerahan dan mendapat keprihatinan anda.

32 tahun membangun dan membesar bersama Malaysia
McDonald’s® adalah punca rezeki untuk lebih 12,000 kakitangan, di mana lebih daripada 85 peratus adalah beragama Islam. Sebanyak 67 restoran kami dimiliki dan diusahakan oleh 27 francaisi tempatan, yang 40 peratus sehingga 50 peratus daripada mereka adalah berbangsa Melayu yang beragama Islam. Di samping itu, McDonald’s® turut memberi peluang perniagaan kepada lebih daripada 50 pembekal tempatan yang juga turut menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 2,500 anak-anak tempatan. Menjelang tahun 2020 McDonald’s® Malaysia akan berkembang kepada 500 restoran serta mewujudkan lebih 11,500 lagi peluang pekerjaan baharu untuk rakyat Malaysia. Adalah jelas bahawa sebarang tindakan boikot akan membawa kesan negatif kepada ekonomi Malaysia dan kehidupan sebahagian daripada rakyat Malaysia.

Pembayaran royalti adalah untuk hak menjalankan perniagaan di bawah jenama McDonald’s®
Pembayaran royalti adalah asas bagi kebanyakan pengendalian perniagaan berjenama antarabangsa atau tempatan, dan bukanlah eksklusif kepada McDonald’s® sahaja. Perlu diingat, McDonald’s® turut membayar cukai korporat dan cukai perkhidmatan dalam jumlah jutaan ringgit setiap tahun kepada Kerajaan Malaysia. Kami ingin menekankan bahawa McDonald’s® TIDAK menyalurkan hasil jualan, keuntungan atau royalti daripada restoran-restoran kami untuk menyokong SEBARANG bentuk kempen bersifat politik atau konflik yang berlaku di mana-mana negara di dunia. Tiada kebenaran dalam sebarang dakwaan yang menyatakan sebaliknya. Sebahagian besar daripada pulangan perniagaan di Malaysia disalurkan semula untuk mengembangkan lagi perniagaan serta ekonomi di Malaysia. Pada 2014 sahaja, dijangkakan hampir RM185 juta akan dilaburkan untuk membuka 22 restoran baharu dan mengubahsuai 29 restoran di Malaysia.

Menghulurkan tangan
Semenjak penubuhan kami lebih tiga dekad dahulu, McDonald’s® sentiasa prihatin dan komited terhadap komuniti setempat. Kerja amal dan kebajikan adalah keutamaan kami. Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia telah menyumbangkan lebih RM11 juta untuk membantu lebih 20,000 kanak-kanak yang kurang bernasib baik selama lebih 24 tahun. Manakala Kempen Prosperity Gives Back (PGB) menyumbangkan lebih RM900,000 kepada berbagai rumah kebajikan sejak tahun 2011. Selain daripada itu RMHC juga menawarkan biasiswa, bilik deria bagi kanak-kanak istimewa, menaja pembedahan sumbing bibir dan lelangit serta mengendalikan rumah RMHC di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, khusus untuk keluarga yang kurang berkemampuan agar dapat tinggal secara percuma sementara anak-anak mereka mendapatkan rawatan.

Pendirian McDonald’s®
Kami ingin menegaskan bahawa adalah merupakan pendirian McDonald’s® Malaysia untuk tidak terbabit serta menyokong mana-mana kegiatan politik, keganasan atau penindasan di seluruh dunia.


KAMI AKHIRI DENGAN MENYATAKAN MCDONALD’S® MALAYSIA BERSIMPATI TERHADAP MANGSA-MANGSA YANG TIDAK BERSALAH DALAM MANA-MANA TRAGEDI KEMANUSIAAN

Important Notice