BREAKING NEWS
McDonald’s® Malaysia 100% Halal
Dec 22, 2015


Para Pelanggan yang dihargai,


McDonald’s® Malaysia ingin menegaskan bahawa kesemua produk yang dihidangkan di restoran-restoran kami TIDAK mengandungi bahan tidak Halal ‘LM 10’. Dakwaan yang mengatakan kami menggunakan bahan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan McDonald’s® Malaysia TIDAK PERNAH menggunakan bahan tersebut dalam produk-produk yang ditawarkan di restoran-restoran kami.
Kami ingin memberi jaminan kepada para pelanggan kami bahawa kesemua produk McDonald’s®, termasuklah sos-sos yang diimport oleh McDONALD’s® Malaysia disahkan 100% HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa Halal yang mendapat pengiktirafan daripada JAKIM.

Para pelanggan boleh menikmati hidangan kami dengan penuh rasa yakin kerana ia disediakan dan dibekalkan oleh para pembekal yang memenuhi ketetapan pihak berkuasa dan kementerian yang berkaitan. Untuk pengesahan lanjut tentang status Halal McDonald’s® Malaysia, anda boleh merujuk kepada laman web rasmi JAKIM atau hubungi bahagian Hab Halal JAKIM di 03-8892 5000 atau Talian Khidmat Pelanggan McDonald’s®Malaysia di 03-2726 5600.


Pihak Pengurusan McDonald’s® Malaysia
Important Notice