BREAKING NEWS
Apr 26, 2017 - Chicken McNuggets® with new sauces! Share-share NOW!

Halal Adalah Keutamaan Kami

Komitmen Kami

Menghidang makanan Halal merupakan keutamaan kami dan kami mengambil langkah yang ketat untuk memastikan semua produk yang diproses dan dikeluarkan mengikut undang-undang Syariah.

100% Halal. 0% Kompromi.

McDonald’s® Malaysia adalah Restoran Khidmat Segera pertama di Malaysia yang diiktiraf Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pengiktirafan ini memastikan kami mematuhi piawaian dan peraturan Halal yang ditetapkan oleh JAKIM.

Nikmati Kopi Kami Tanpa Was-Was

Kopi kami dibru di kaunter di hadapan pelanggan. Kami ingin menegaskan bahawa, kesemua minuman kopi yang dihidangkan di McDonald’s® Malaysia tidak mengandungi apa-apa bahan yang tidak halal yang boleh menimbulkan syak wasangka.

Sumber biji kopi kami juga telah disahkan HALAL oleh Jakim termasuklah setiap langkah-langkah membuatnya. HALAL merupakan teras kepada perniagaan kami. Sebarang tohmahan dan fitnah yang disebarkan baru-baru ini adalah tidak berasas sama sekali.

McDonald’s® Malaysia adalah Restoran Khidmat Segera pertama di Malaysia yang diiktiraf Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pengiktirafan ini memastikan kami sentiasa mematuhi peraturan Halal yang berkualiti tinggi.

Pembekal Yang Diyakini

Dalam memastikan produk makanan kami melepasi syarat ketat Halal, McDonald’s hanya berurusan dengan pembekal makanan yang diiktiraf Halal.

Bahan-bahan tempatan diambil dari pembekal yang bukan sahaja diperiksa secara menyeluruh oleh pihak penguatkuasa yang diiktiraf tetapi telah juga disahkan Halal oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Pembekal luar negara kami juga melalui proses yang sama oleh badan-badan penguatkuasa Halal di luar negara. Badan-badan ini diiktiraf oleh JAKIM bagi memastikan produk makanan kami di Malaysia memenuhi syarat-syarat Halal yang ditetapkan.

Cara Pengedaran & Pemprosesan Kami

MacFood Services (M) Shd Bhd merupakan pembekal utama kami.

Dengan lebih 25 tahun pengalaman, kerjasama antarabangsa serta pengiktirafan daripada pihak antarabangsa dan tempatan, MacFood Services (M) Sdn Bhd mengenakan kawalan dan ujian piawaian yang ketat dalam mengeluarkan produk berkualiti tinggi.

Mereka memastikan kemudahan yang digunakan bersih serta memenuhi syarat-syarat Halal yang ditetapkan apabila memproses ke semua bahan-bahan kami.

Memastikan Kebersihan Premis

Kami juga mengambil berat dan langkah lebih dalam memastikan premis kami di tahap kebersihan yang paling tinggi.

JAKIM sentiasa menjalankan pemeriksaan berkala bagi memastikan tiada pencemaran najis di tempat penyimpanan, penghidangan, pengendalian dan pembungkusan.

Dalam komitmen mengekalkan kualiti dan kebersihan yang tinggi, kami bekerjasama dengan JAKIM ketika pemeriksaan bagi memastikan keselamatan pekerja dan kebersihan dipatuhi setiap masa.

Mengutamakan Keselamatan Makanan

Tahap keselamatan setiap makanan di McDonald’s adalah keutamaan kami. Setiap bahan menjalani pemeriksaan keselamatan dan kualiti menyeluruh. Bukan sahaja oleh kami, tetapi pihak perbandaran tempatan serta badan bebas.

Pengurus restoran dan krew dilatih untuk memastikan tahap keselamatan makanan dan langkah mengekalkan kualiti dipatuhi.

Kami bekerjasama dengan pembekal bagi memastikan bahan yang digunakan dalam menu kami menepati piawaian ketat keselamatan makanan.

Komitmen Kami Kepada Anda

Halal bukan sahaja merangkumi aspek agama malah memenuhi tahap kualiti dan kebersihan yang ketat.

McDonald’s komited untuk menyediakan produk Halal berkualiti tinggi daripada sumber ladang hinggalah ke hidangan makanan dengan memberi perhatian terperinci kepada setiap perkara yang dinyatakan.

Kebersihan & Kesihatan

Bagi memastikan tahap standard kesihatan yang tinggi, pekerja kami diwajibkan untuk mengambil suntikan tifoid daripada pusat kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan sebelum bekerja di mana-mana restoran kami. Mereka juga harus menuruti kod laku dan amalan kebersihan untuk memastikan syarat polisi Halal dipatuhi.

Merokok, makan, minum atau sebarang aktiviti yang mungkin mencemarkan produk makanan tidak dibenarkan di kawasan pengeluaran makanan.

Melakukan Lebih Lagi

Kami memahami konsep Halal lebih sekadar persiapan makanan sahaja. Ia merangkumi keseluruhan operasi, proses dan langkah – daripada perkhidmatan yang mesra hingggalah memastikan premis kekal bersih.

Kami juga menyediakan Surau di kebanyakan restoran supaya pekerja kami boleh menunaikan solat dengan selesa..