EN | BM

KUALA LUMPUR, 6 OGOS 2024 – McDonald's Malaysia telah diberi pengiktirafan dengan Community Engagement & Upliftment Award dalam kategori Restoran Khidmat Segera di Sustainability & CSR Malaysia Awards 2024, yang kini memasuki tahun ke-9 penganjurannya. Majlis penyampaian anugerah tersebut, disempurnakan oleh Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, meraikan syarikat Malaysia yang cemerlang untuk usaha yang dijalankan mereka dalam ESG dan tanggungjawab sosial korporat.

Ini adalah tahun keenam berturut-turut McDonald's Malaysia telah diiktiraf oleh CSR Awards Malaysia, mengetengahkan komitmen syarikat yang tidak berbelah bahagi terhadap tanggungjawab sosial dan penglibatan dengan masyarakat. McDonald's Malaysia terus menonjolkan peranannya sebagai syarikat tempatan yang berdedikasi dalam mewujudkan kesejahteraan dalam masyarakat di negara ini.

Inisiatif McDonald’s Malaysia yang diiktiraf termasuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s, sambutan Bulan Komuniti McDonald’s bersama anak yatim, dan pelbagai sambutan perayaan dan sumbangan amal seperti meraikan Tahun Baharu Cina bersama warga emas dan Misi Moreh Mekdi semasa bulan Ramadan. Ini hanyalah sebahagian daripada banyak inisiatif yang telah dilaksanakan McDonald’s Malaysia selama lebih sedekad, menunjukkan komitmen berterusan dalam melibatkan diri dengan masyarakat dan tanggungjawab sosial.

“Program Komuniti @ McDonald’s & RMHC adalah payung bagi segenap usaha kami dalam membantu masyarakat. McDonald’s Malaysia beroperasi di peringkat tempatan dan kami ingin terus menyumbang kepada masyarakat di Malaysia. Pengiktirafan yang diterima untuk enam kali berturut-turut ini mengukuhkan lagi misi kami untuk menyokong dan meringankan beban golongan yang memerlukan di sekeliling kami. Kami sangat berbangga dapat berkhidmat dan memberi impak positif kepada masyarakat,” kata Dato’ Haji Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

Sepanjang 42 tahun McDonald’s di Malaysia, syarikat akan menetapkan matlamatnya untuk terus mewujudkan kesejahteraan dalam masyarakat. Dengan lebih 23,000 kakitangan rakyat Malaysia dan 13.5 juta pelanggan sebulan, McDonald’s Malaysia kekal berdedikasi terhadap peranannya sebagai syarikat korporat yang bertanggungjawab dalam aspek sosial. Melalui Program Komuniti @ McDonald's & RMHC, McDonald's Malaysia berjanji untuk meneruskan usahanya menyokong pelbagai kumpulan masyarakat, memastikan impak positif yang berterusan tanpa meninggalkan sesiapa pun.

###