BREAKING NEWS
Oct 5, 2017 - The NEW Thai Fish Burger with green curry sauce, it's a taste to THAI for!
Sentuhan Kasih untuk Kanak-kanak yang Memerlukan
May 31, 2017


RMHC DAN MCDONALD’S MALAYSIA MEMBANTU KANAK-KANAK KURANG BERNASIB BAIK DENGAN AKTIVITI SANTAI, SEBELUM RAMADHAN


Kuala Lumpur, – Memori zaman kanak-kanak merupakan satu kenangan indah yang tidak boleh dijual beli. Bagi 60 orang kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim Sungai Kantan, Kajang ia merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila diberi peluang melihat pelbagai jenis haiwan di zoo haiwan jinak ‘Farm in the City’.


Dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia dan Pesatuan Kebajikan Kanak-Kanak Ronald McDonald (RMHC), ‘Sentuhan Kasih’ merupakan salah satu usaha mendekati masyarakat yang melibatkan sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan McDonald’s Malaysia dan ahli-ahli RMHC. Dari menyuap kura-kura sehinggalah bermain dengan pelbagai jenis burung, program santai ‘Sentuhan Kasih’ memberikan pengalaman pertama untuk kanak-kanak ini melihat haiwan-haiwan eksotik.




“Kami sangat gembira dapat meluangkan masa bersama kanak-kanak ini dan menyaksikan keseronokan mereka. McDonald’s Malaysia percaya bahawa pelbagai program yang dijalankan oleh RMHC termasuklah program ‘Sentuhan Kasih’ mampu memberi impak positif kepada kanak-kanak yang memerlukan,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan / Rakan Operasi McDonald’s Malaysia dan Presiden RMHC Malaysia.

Ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1990 sebagai sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan, RMHC merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bertanggungjawab membantu kanak-kanak memerlukan menerusi empat program utama – Rumah Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’, Bilik Sensori Ronald McDonald dan program Biasiswa RMHC.

“Sebagai restoran keluarga pilihan ramai, McDonald’s cukup berbangga dapat membantu program-program yang dijalankan oleh RMHC. Kami akan terus komited untuk menyokong organisasi ini selaras dengan usaha kami dalam menyumbang kepada komuniti di mana kami beroperasi ,” tambah Azmir.



Bersama-sama 30 sukarelawan McDonald’s Malaysia dan ahli-ahli RMHC, kanak-kanak ini turut dibawa membeli-belah untuk mendapatkan baju raya di AEON Equine Park dan seterusnya dijamu dengan makan tengahari di restoran McDonald’s berhampiran. Apa yang lebih menarik, Rumah Anak Yatim Sungai Kantan turut menerima sumbangan bernilai RM5,000.00 daripada RMHC Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana anda boleh turut menyumbang dan menjadi sukarelawan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald, layari www.rmhc-malaysia.my.
RMHC